Nuffnang

Sunday, July 10, 2016

Hari Raya 2016

Assalammualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone!! I thought I want to write in Bahasa today...just because...I want to endure the spirit of Raya.

Hari Raya tahun ni special sikit bagi aku pasal tahun ni tahun yang first beraya belah mertua. Yepppp. Selama ni, selama 28 tahun aku hidup, sememangnya rutin raya tu adalah sama. Cuma ubah sikit-sikit aje lah lepas dah kahwin hari tu. But still, first pagi raya mesti dekat Lenggeng, Negeri Sembilan, nenek belah emak. 

Aku start ambil cuti hari Selasa..whilst husband pula masih kerja. So, dia hantar balik dengan Hanif Aiden ke kampung malam Isnin tu. Macam biasa lah, sehari sebelum Raya tu memang macam-macam nak buat okkk. Dengan kanak-kanak 3 orang yang sibuk menolong bagai, memang kecoh. Oh ya, my sister gave birth earlier on Sahoor that day. On 30th of Ramadhan! Kesian kena pantang from Raya food. Hihi. Now mak abah dah ada 4 boys! So, mandat untuk jaga anak-anak buah yang aktif tersebut telah diserahkan kepada nenek dan atuknya..memang pengsan! All the boys were so activee!! Panjat sana sini, lari sana sini, nasib baik takde siapa termasuk dalam kawah rendang (-_-) But, itulah yang buat meriah kan? Kalau takde, sunyi pulak takde aktiviti kejar mengejar.

Macam biasa, nenek atuk akan masak rendang 20kg daging + 5kg limpa. Banyak gila kot. Dah macam kenduri kahwin. Aku tengok orang lain dekat FB, Insta bagai masak dalam kuali aje. Ni ambek kau, kawah terus. Setiap tahun memang macam ni, biasalah orang order untuk bawa balik at least 1kg sorang. Ye...order air liur je, tolong kacau pun nan hadooo. Dah terlalu biasa sampai dah immune dah. At the end of the day, untuk stok dekat rumah, dapat lah semangkuk...pfft. (-___-)

                               

                               
                                               Buat show menari atas meja 

                               
Isi ketupat dengan kanak-kanak ni. Banyak lagi yang jatuh atas karpet dari masuk ke ketupat

Malam selepas buka puasa tu, husband pun sampai dalam pukul 10pm. Makan dan sembang lebih kurang, bertolaklah ke Tampin. This is my first time ever beraya selain dari Lenggeng. Sumpah tak boleh tidur malam tu. Gila awkward wehhh. Hahaha. Jalan ok, cuma sangkut sekejap dekat Senawang. Rupanya ada bazar Raya ala-ala Jalan TAR dekat area Giant tu. Kitorang sampai Tampin dalam pukul 12am macam tu. Esok pagi-pagi bangun, jenguk dapur dulu, tanya lebih kurang apa nak tolong...oh, takde apa sangat. Kalau kat Lenggeng, tak payah tanya, gerak je terus sampai tak menang tangan. Kat sini macam relaks sikit sampai tak tahu pula nak buat apa..muahaha.

 Then, lepas lelaki habis sembahyang raya dan breakfast, mula lah aktiviti salam minta ampun. Kalau dekat Lenggeng, masing-masing berdiri salam peluk tunggang terbalik aje, settle. Ohh kat sini tidak ya... Yang paling tua, in this case my Parents-in-law akan duduk, lepas tu kena ikut aturan yang paling tua salam dulu sampai lah yang paling muda. Mereput lah kau tunggu turn, nasib dah perut dah kenyang hahahaha. Aku paling cuak bab ni, pasal style dorang salam lama wehhh. Pasal, mereka salam, berlutut, lepas tu berbisik lama (tak tahu cakap apa!), then tiba-tiba menangis. Woahhh. Kena listkan dosa satu-satu ke apa ni? Macam biasa (tak biasa sebenarnya), aku punya skrip dah improve sikit lah tahun ni but still the shortest amongst all. Haha. Aku cakap:

"Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, halalkan makan minum dan minta maaf kalau ada terkasar bahasa, terima kasih sudi tolong jaga anak"

Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk hahahaha. Hantu betul.


Then, buat tahlil. Okey, this is something very very new to me. Mungkin pasal kalau belah Lenggeng, nenek atuk being the eldest in the family, pagi-pagi lagi orang dah start beraya, semua aktiviti intimate ni kena buat dengan cepat, kadang-kadang tu memang tak sempat! Tengahari baru dapat salam-salam, itu pun lepas mak tarik tangan dalam bilik atau cari tempat yang isolated sikit. Tapi dekat Tampin, orang tua (arwah Atuk & Wan) dah tak ada, so, mungkin rumah Tampin dah kurang dituju oleh saudara mara lain, making us had some time to buy. So, moral of the story nya, hargailah orang tua sementara mereka masih ada. Penat memang penat melayan tetamu, tapi mungkin bila orang tua dah tak ada, dah kurang meriahnya. Tak lama mana pun...dorang bukan muda lagi pun..



                             Sedang elok jugak lah budak ni tidur waktu Tahlil

Tengahari macam tu, lepas dah tahlil, kami bergerak ke Muar pulak. Muar ni hometown to FIL, dia nak menjenguk kubur dan beraya rumah anak buah nya. Dah lama menyebut, so jom kita konvoi bawa. Traffic alhamdulillah okey. Again, this is my first time jalan-jalan raya pada first day Raya. Biasanya memang mereput lah kat rumah Lenggeng melayan tetamu non-stop. Tengahari dah tukar uniform dapur (-___-) And so...we went to Ayah's niece's house and dekat sana, the rest of her siblings joined in too. Kitorang dijamu lunch terus, Ikan Mayong Masak Asam Pedas (first time makan), Kari Ayam Telur Puyuh, Sayur Goreng dan seharusnya Bandung Muar. Yang ni memang specialty dorang. Tiap kali gather memang akan buat air ni. 



Lepas beraya, jalan-jalan sekejap dekat Bandar Muar, singgah beli kopi 434 yang famous tu sebagai buah tangan. Sempat juga lah lalu dekat depan Sekolah Sains Muar, sekolah lama Eda, adik aku. Sekolah ni memang gah lah pasal depan nya ada tanah perkuburan hehehe. Dulu waktu dia sekolah sini, kerap juga lah berulang ke Muar. Sejak dah habis sekolah, memang dah lama tak jejak Muar ni. Saudara mara pun tak ada kat sini. Ingatkan nak lepas ke Muar, nak singgah sekejap ke Batu Pahat, raya rumah Maksu tapi settled dekat Muar pun dah pukul 5, nak ke Batu Pahat pun sejam lebih juga, takkan nak pergi rumah orang time Maghrib ye dak? So..terus lah balik straight ke Tampin balik. 

Esoknya tengahari dah balik ke Lenggeng. Beraya dan tidur kat sana pula. Tak pernah sebenarnya raya kedua ada dekat Lenggeng ni. Sekali, hambekk kau, gila ramai manusia datang beraya wehhhh. Sekali datang sampai 5-6 kereta sampai lah ke malam. Pengsaaaaaan melayan hahah. Memang takdelah nak ke mana-mana. Duduk lah kau kat rumah layan tetamu berulang ke dapur. Esoknya pula beraya rumah adik-beradik atuk, tak jauh pun, sekitar kampung tu juga. Then, terus balik ke Puchong pulak. Weekend pun tak pergi mana-mana, pasal dah janji nak jalan dengan abah nak berjalan raya sama-sama ke Teluk Panglima Garang yang memang rutin setiap tahun tapi tiba-tiba husband dan Hanif Aiden demam, so...cancel lah. Nanti tak pasal makin melarat pulak demam, dah lah Isnin start kerja. Mereput lah dekat rumah je cuti-cuti lepas Raya hari tu. 

                                     
    
Tu je lah cerita raya tahun ni. Memang betul-betul pengalaman baru bagi aku. Seronok juga kadang-kadang berubah angin ni. Tapi yang penting, tahun depan mesti turn kampung Lenggeng pulak!! Hihihi.

     
                                     Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga



No comments: