Bahan Perap Udang
1kg udang - buang kepala dan gunting tengah
Serbuk kunyit
Serbuk rempah kari
Serbuk lada hitam
Tepung jagung
Minyak bijan
Garam
Gula
1) Bersihkan udang dan toskan.
2) Campur semua bahan perap dan perap udang selama setengah jam.
3) Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing. Tak perlu goreng lama sangat, udang cepat masak. Ketepikan.
Bahan Kuah butter
125g butter (separuh daripada sebuku butter tu)
Segenggam cili padi (hiris halus)
3 urat daun kari
3 ulas bawang putih
1 tin susu cair
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
Garam
Gula
1) Panaskan butter, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga agak garing.
2) Masukkan satu tin susu cair dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga gaul sebati.
3) Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau lagi sehingga agak pekat.
4) Setelah pekat, masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul rata dan sedia dihidang.
The taste is almost the same as the one in Gold Chilli. Almost. Yang penting, kuah nya menjilat jari okeyyy. Happy Berbuka semua!
No comments:
Post a Comment